Dua ulat parkir didenda RM1,000
Iklan
Nersaeman (baju merah) dibawa keluar dari kamar perbicaraan.
JOHOR BAHRU - Seorang pekerja kelab malam dan seorang penjual sayur masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru selepas mengaku bersalah terlibat dengan kegiatan ulat parkir di sekitar Plaza Sentosa di sini malam tadi.
Orang Kena Saman (OKS), M Thamothiran, 38, dan S Nersaeman, 55, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret, Nurasidah A Rahman.
Iklan
Iklan
Nurasidah turut mengarahkan kedua-dua OKS menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Menurut kertas pertuduhan, Thamothiran dan Nersaeman didakwa tanpa kuasa yang sah, memujuk orang awam dengan menawarkan perkhidmatan yang berkaitan dengan menerima ganjaran untuk meletakkan kenderaan secara tidak sah di suatu tempat awam.
Iklan
Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Sutera, Plaza Sentosa di sini, kira-kira jam 9.10 malam tadi.
Bagi kesalahan itu, kedua-dua OKS didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan.
Iklan
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor, Khairulnizwan Md Khalid manakala kedua-dua OKS tidak diwakili peguam.
Terdahulu, mengikut fakta kes, kedua-dua OKS ditahan dalam satu operasi khas penyamaran 'Ops Parasit' yang dijalankan JPJ hasil aduan orang awam dan ketika pemantauan dibuat di kawasan berkenaan, OKS dilihat mengarahkan kenderaan dipandu pegawai JPJ yang menyamar untuk meletakkan kenderaan.
OKS juga telah mengambil wang bernilai RM20 yang mana merupakan perangkap selepas mengarahkan pegawai JPJ yang menyamar meletakkan kenderaan mereka di tempat awam berkenaan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sumber air terhad, bomba berdepan cabaran padam kebakaran paya gambut"><meta itemprop="description" content="Tiupan angin kencang, cuaca panas dan sumber air yang terhad menjadi cabaran utama anggota bomba memadam kebakaran hutan paya gambut seluas 51.4 hektar di Jalan Bypass Sebana Cove-Punggai, Pengerang, Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Baharuddin Idris berkata, keadaan cuaca kering dan angin kencang ketika ini menyebabkan api berisiko merebak dengan lebih pantas selain menyukarkan operasi pemadaman di kawasan hutan dan paya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793437/edisi/johor/sumber-air-terhad-bomba-berdepan-cabaran-padam-kebakaran-paya-gambut
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bomba #Kebakaran #PayaGambut"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-25T08:14:23.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dj4GQ1gZKxlN776IX/x1080"><meta itemprop="duration" content="P90S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb0ldlm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb0ldlm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb0ldlm"></script>