Berpantang maut sebelum ajal
Iklan
Keadaan lori treler yang terbakar selepas terjatuh ke dalam gaung di Batu 4, Jalan Paloh di sini, awal pagi tadi.
KLUANG – Seorang pemandu lori treler nyaris maut selepas lori yang dipandunya terbabas jatuh ke dalam gaung berkedalaman kira-kira 20 kaki sebelum terbakar di Batu 4, Jalan Paloh di sini, awal pagi tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Azmi Mohd Bani berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.22 pagi sebelum 10 anggota dan dua jentera termasuk ambulans dikejarkan ke lokasi kejadian.
Iklan
Iklan
"Setibanya pasukan penyelamat di tempat kejadian, kami mendapati sebuah treler yang terjatuh ke dalam gaung berkedalaman kira-kira 20 kaki telah terbakar dan pemandunya berjaya menyelamatkan diri.
"Ketika kejadian treler berkenaan tidak membawa sebarang muatan dan telah terbakar kira-kira 80 peratus. Tindakan operasi pemadaman telah dilakukan menggunakan dua aliran salur bantu mula air tangki pam jentera,” katanya kepada Sinar Harian.
Iklan
Iklan
Menurutnya, mangsa, Mohd Nuri Lokman, 50, mengalami kecederaan di bahagian dada sebelum dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) Kluang.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lagi kes kanak-kanak diserang anjing liar: Alif keluar beli ubat, hanya 200 meter dari rumah"><meta itemprop="description" content="Hasrat seorang remaja lelaki membeli ubat untuk adiknya yang demam bertukar detik cemas apabila dia diserang anjing liar di Kawasan Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai di Iskandar Puteri, pada awal pagi Isnin.
Mohammad Alif Najmi Mohd Razi, 15, berkata, dia tidak menyangka perjalanan singkat ke kedai runcit kira-kira 200 meter dari rumahnya itu berakhir dengan kecederaan apabila seekor anjing menerkam dan menggigit kaki kirinya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800262/edisi/johor/lagi-kes-kanak-kanak-diserang-anjing-liar-alif-keluar-beli-ubat-hanya-200-meter-dari-rumah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #anjingliar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-13T07:38:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/fuseA1gpU0AvlcZrk/x1080"><meta itemprop="duration" content="P95S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbmesju"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbmesju"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbmesju"></script>