Pekerja swasta maut kereta bertembung kenderaan lain
Iklan
Keadaan kedua-dua kenderaan selepas kemalangan berkenaan.
KOTA TINGGI - Seorang pekerja swasta maut selepas kereta dinaikinya bertembung dengan sebuah lagi kereta lain dalam satu kejadian di Kilometer 55.0 Jalan Sungai Rengit - Kota Tinggi di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa, Aidil Adha Durahim, 24, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
Iklan
Iklan
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Nik Azaham Nik Aziz berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Proton Wira dinaiki mangsa telah hilang kawalan.
"Mangsa dipercayai memandu kereta dari arah Kota Tinggi menghala ke Sungai Rengit yang kemudian hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.
Iklan
"Insiden tersebut mengakibatkan kereta dinaiki mangsa gagal untuk mengelak dan bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota Vios,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Nik Azaham berkata, terdapat seorang pemandu dan seorang penumpang dalam kereta Toyota Vios yang bertembung dengan kereta mangsa.
Iklan
"Kedua-dua mangsa yang turut parah telah dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Beliau berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati laluan berkenaan adalah jalan dua hala dan kejadian berlaku ketika waktu pagi dengan keadaan jalan yang kering.
Kes disiasat mengikut Seksyen Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lagi kes kanak-kanak diserang anjing liar: Alif keluar beli ubat, hanya 200 meter dari rumah"><meta itemprop="description" content="Hasrat seorang remaja lelaki membeli ubat untuk adiknya yang demam bertukar detik cemas apabila dia diserang anjing liar di Kawasan Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai di Iskandar Puteri, pada awal pagi Isnin.
Mohammad Alif Najmi Mohd Razi, 15, berkata, dia tidak menyangka perjalanan singkat ke kedai runcit kira-kira 200 meter dari rumahnya itu berakhir dengan kecederaan apabila seekor anjing menerkam dan menggigit kaki kirinya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800262/edisi/johor/lagi-kes-kanak-kanak-diserang-anjing-liar-alif-keluar-beli-ubat-hanya-200-meter-dari-rumah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #anjingliar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-13T07:38:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/fuseA1gpU0AvlcZrk/x1080"><meta itemprop="duration" content="P95S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbmesju"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbmesju"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbmesju"></script>