Malaysia tolak tepung babi dari China

Iklan
Quaza Nizamuddin Hassan Nizam

SHAH ALAM - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengesahkan Malaysia tidak mengimport tepung protein menggunakan darah babi dari China.

Ketua Pengarah DVS, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam dalam satu kenyataan media berkata demikian sebagai menjawab laporan sebuah akhbar berkenaan penemuan virus demam babi Afrika (ASF) dalam tepung tersebut yang digunakan dalam penghasilan makanan

Iklan
Iklan

haiwan di Huizhou, Guangdong.

"DVS ingin menegaskan bahawa Malaysia tidak mengimport tepung protein darah babi dari China bagi kegunaan pemperosesan

Iklan

makanan haiwan di dalam negara.

"Arahan larangan tersebut dikeluarkan sejak 18 September lalu di bawah pengimportan babi hidup dan produk sejuk bekunya sejak penyakit ASF yang

Iklan

berlaku di China," katanya.

China melaporkan kes pertama virus tersebut dikesan Ogos lalu di wilayah Liaoning dan merebak ke beberapa wilayah lain termasuk Hubei, Hunan dan Yunnan.