TMJ dilantik Pemangku Raja Johor
Iklan
Majlis pelantikan Tunku Ismail sebagai Pemangku Raja Johor telah diadakan di Istana Pasir Pelangi di sini, hari ini. -Foto Facebook HRH Crown Prince of Johor
JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan melantik anakanda baginda Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail sebagai Pemangku Raja Johor.
Dalam satu catatan di laman Facebook rasmi baginda, Sultan Johor memaklumkan majlis pelantikan itu telah diadakan di Istana Pasir Pelangi di sini, hari ini.
Iklan
Iklan
Beberapa keping gambar yang menunjukkan majlis sedang berlangsung, turut dikongsikan baginda dalam laman sosial berkenaan.
Turut kelihatan berangkat ke majlis itu ialah anakanda-anakanda baginda yang lain, serta menantunya Datuk Dennis Muhammad Abdullah.
Iklan
Hadir sama ialah Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi, Aminolhuda Hassan.
Sultan Johor bertitah Tunku Ismail diberikan kepercayaan untuk menjalankan tugas, dan mentadbir negeri Johor serta mempunyai semua kuasa yang diperuntukkan kepada Raja dan boleh digunakan pada bila-bila masa.
Iklan
Baginda tidak menyatakan sebab mengapa pelantikan itu dibuat. -Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sumber air terhad, bomba berdepan cabaran padam kebakaran paya gambut"><meta itemprop="description" content="Tiupan angin kencang, cuaca panas dan sumber air yang terhad menjadi cabaran utama anggota bomba memadam kebakaran hutan paya gambut seluas 51.4 hektar di Jalan Bypass Sebana Cove-Punggai, Pengerang, Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Baharuddin Idris berkata, keadaan cuaca kering dan angin kencang ketika ini menyebabkan api berisiko merebak dengan lebih pantas selain menyukarkan operasi pemadaman di kawasan hutan dan paya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793437/edisi/johor/sumber-air-terhad-bomba-berdepan-cabaran-padam-kebakaran-paya-gambut
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bomba #Kebakaran #PayaGambut"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-25T08:14:23.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dj4GQ1gZKxlN776IX/x1080"><meta itemprop="duration" content="P90S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb0ldlm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb0ldlm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb0ldlm"></script>