Pendaftaran DPMM digantung?
Iklan
KUALA LUMPUR - Sepucuk surat tersebar dalam media sosial menyatakan pendaftaran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) digantung Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).
Surat yang ditandatangani Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Masyati Abang Ibrahim itu dikeluarkan pada 31 Julai 2019 dan perintah penggantungan berkuatkuasa pada hari sama.
Iklan
Iklan
Begitupun, tidak dinyatakan sebab utama RoS mengambil tindakan tersebut dan penggantungan dibuat mengikut Seksyen 13 (2A) Akta Pertubuhan 1966.
Sinar Harian cuba mendapatkan maklum balas daripada kepimpinan tertinggi DPMM berhubung isu tersebut dalam masa terdekat.
Iklan
Pada Jun tahun ini, seramai 18 bekas ahli DPMM didakwa mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan DPMM secara tidak sah di sisi undang-undang pertubuhan Malaysia dan perlembagaan dewan perniagaan itu.
AGM itu didakwa diadakan pada 15 Jun lalu dan antara yang menganjurkan mesyuarat tersebut ialah Datuk Seri Syed Hussein Alhabshee, Fauzi Hassan, Abdul Halim Husin, Norsyahrin Hamidon, Datuk Syed Ali Alattas, Abdul Rahman Yaakub, Yusri Yusof dan Mohd Azmi Ali.
Iklan
DPMM dalam kenyataannya berkata, penganjuran mesyuarat tidak sah itu adalah satu penipuan besar dan bertujuan untuk merampas kuasa dari kepimpinan DPMM yang sah.
Dakwa DPMM, mesyuarat berkenaan turut mengelirukan serta memperdaya ahli-ahli dan masyarakat umum, yang mana dalam AGM itu, Syed Hussein telah dilantik sebagai presiden baharu oleh bekas-bekas ahlinya.
Untuk rekod, keahlian Datuk Seri Syed Hussein dan 17 yang lain telah tergugur secara automatik berkuatkuasa pada 13 September 2018.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>