Pembangkang Kedah desak konsesi rawatan air tidak disambung
Iklan
ALOR SETAR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah dari parti pembangkang mendesak kerajaan negeri supaya tidak menyambung semula perjanjian konsesi rawatan air dengan Air Utara Indah dan Taliworks yang dijangka tamat tahun depan.
Ketua Pembangkang Kedah, Muhammad Sanusi Mohd Nor berkata, pihaknya difahamkan kos yang terpaksa ditanggung untuk rawatan air dilakukan dua syarikat konsesi berkenaan menelan belanja sekitar RM140 juta setahun sedangkan kos tersebut boleh dijimatkan sehingga RM80 juta setahun sekiranya diusahakan sendiri oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA).