Dr Mahathir akan berucap lagi di sekolah musim panas Jepun

Iklan
Dr Mahathir

FUKUOKA - Fukuoka kini dalam musim panas dan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual berucap di sebuah sekolah musim panas, 'Sekolah Pemimpin Masa Depan Jepun', semasa lawatan kerja dua hari beliau ke sini bermula Rabu.

Dr Mahathir dijadual berucap mengenai"Bagaimana Sains dan Teknologi akan menyumbang kepada Keamanan Dunia” di sekolah itu pada Rabu.

Iklan
Iklan

Sekolah Pemimpin Masa Depan Jepun adalah sebuah program sekolah musim panas intensif untuk pelajar-pelajar sekolah tinggi agar mereka menjadi peserta aktif dalam kalangan masyarakat antarabangsa.

Tahun ini adalah tahun ke-16 siri syarahan tahunan sekolah itu dan Dr Mahathir telah menjadi penyampai utamanya sejak ia dilancarkan pada 2003.

Iklan

Sekolah Pemimpin Masa Depan Jepun juga akan meraikan Dr Mahathir pada satu majlis makan malam pada Rabu.

Menurut laporan media, kepulauan Jepun telah dilanda cuaca panas melampau sejak penghujung musim hujan pada akhir Julai, yang telah mengakibatkan beberapa kes kematian dan ada yang dirawat di hospital kerana mengalami strok haba.

Iklan

Suhu di Hakata-ku, Fukuoka pada Isnin diramalkan boleh meningkat sehingga 34 darjah Celsius dan sebuah aplikasi cuaca malah mencadangkan"rasanya seperti 38 darjah Celsius".

Dr Mahathir juga dijadualkan berucap di Institut Kepimpinan Asia Kyushu pada Khamis.

Semasa di Fukuoka, Dr Mahathir juga dijadual menerima anugerah ijazah doktor kehormat dari Universiti Antarabangsa Jepun dan berjumpa penasihat khas kepada Perdana Menteri Jepun, Hiroto Izumi. -Bernama