Rumah separuh kekal hangus

Iklan
Keadaan rumah yang terbakar di Kampung Gunung Lambak, Yap Tau Sah. - Foto bomba

KLUANG – Sebuah rumah di Kampung Gunung Lambak, Yap Tau Sah, di sini musnah dalam kebakaran petang kelmarin.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Badrulhisyam Loi Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.12 petang sebelum 11 anggota dan tiga jentera dikejarkan ke kawasan kebakaran.

Iklan
Iklan

"Setibanya pasukan bomba dan penyelamat di tempat kejadian, didapati benar terdapat kebakaran sebuah rumah struktur separuh kekal dan api sedang marak membakar rumah tersebut.

"Ketika kejadian, terdapat bunga api roket yang hidup akibat kebakaran berkenaan, namun tidak ada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa yang dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.38 malam.