'Haram ambil barang mangsa kemalangan'

Iklan
Abdul Rahman. Gambar kecil, laporan Sinar Harian semalam.

KUANTAN - Mengambil hak orang tanpa kebenaran sama ada barang masih dalam keadaan baik atau rosak ketika insiden kemalangan adalah haram dan disifatkan sebagai perbuatan kejam.

Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, ketika berlaku kemalangan masyarakat seharusnya membantu dan bukannya mengambil kesempatan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mengambil hak orang lain, contohnya dalam kejadian treler susu terbalik di Kampung Tawang, Bachok, Kelantan baru-baru ini adalah sikap tidak bertanggungjawab.

"Jika berlaku kemalangan kita patut tolong tetapi ada pula yang mencuri duit dan harta orang lain.

Iklan

"Ini sikap kejam dan tidak bertanggungjawab kecuali jika diizinkan boleh ambil," katanya kepada Sinar Harian, di sini hari ini.

Beliau berkata, bukan sahaja Muslim tetapi masyarakat bukan Islam juga tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil hak orang lain.

Iklan

"Walaupun bukan Islam, mereka ialah warganegara di bawah pemerintahan Islam dan harus menghormati undang-undang.

"Kita sepatutnya membantu orang dalam kesusahan bukannya menambah masalah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik lori terbalik minta pulangkan semula susu