Kerajaan perlu agresif selesaikan isu jerebu
Iklan
Pemandangan Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Menara Kuala Lumpur yang terjejas dengan jerebu akibat kebakaran hutan di lima wilayah di Indonesia ketika tinjauan di sekitar ibu kota semalam. Gambar kecil: Prof Dr Ahmad Ismail
SHAH ALAM - Kerajaan atau kementerian berkaitan pencemaran dan bencana alam perlu memainkan peranan bagi memastikan isu jerebu rentas sempadan yang berlaku di Malaysia disebabkan oleh kebakaran pada skala yang besar di negara jiran seperti Indonesia dapat diselesaikan.
Presiden Pencinta Alam Malaysia, Prof Dr Ahmad Ismail berkata, difahamkan wujud jawatankuasa khas atau kerjasama antara Malaysia dengan Indonesia berkaitan masalah jerebu dan pihak berkenaan perlu membentangkan cadangan bagi tindakan yang perlu diambil.
Iklan
Iklan
"Memandangkan kesan jerebu ini melibatkan kesihatan, ekonomi, alam sekitar, hidupan liar, teknologi dan hubungan dua hala negara serta isu serantau, maka tindakan terbaik sepatutnya sudah ada," katanya kepada Sinar Harian.
Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan negara ini berdepan dengan pencemaran udara atau jerebu bermula kelmarin berkemungkinan disebabkan oleh kebakaran hutan yang berlaku di Sumatera, Indonesia.
Iklan
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, Sumatera terletak di barat daya Malaysia dan pergerakan angin ke negara ini adalah dari arah tersebut.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, isu jerebu disebabkan oleh pembakaran tempatan juga perlu diselesaikan segera melalui pendidikan dan penguatkuasaan undang-undang.
Iklan
"Ia perlu dilakukan bagi memastikan udara di negara ini kekal bersih dan tidak tercemar oleh tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu," katanya.
Pada 2015, Malaysia pernah dilanda jerebu teruk dan dianggap sebagai terburuk dalam sejarah sehingga menyebabkan banyak sekolah terpaksa ditutup manakala penerbangan dan beberapa acara luar peringkat kebangsaan dibatalkan.
Kerajaan pada ketika itu merangka undang-undang rentas sempadan membolehkan Malaysia mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa sahaja termasuk syarikat milik negara luar.
Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai tindakan terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada persidangan Dewan Rakyat, di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Menurutnya, tindakan yang dikenakan terhadap Shuhaily tidak sepatutnya dianggap sebagai kontroversi politik kerana sebarang dakwaan salah laku perlu melalui proses undang-undang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803059/berita/nasional/prestasi-baik-atau-jasa-seseorang-pegawai-tidak-boleh-dijadikan-alasan-mengetepikan-siasatan-ndash-anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.