21 nelayan tempatan ditahan ceroboh perairan
Iklan
Antara vesel pukat tunda yang dikesan menceroboh perairan Parit Jawa dalam operasi berkenaan semalam.
MUAR - Enam vesel pukat tunda bersama 21 nelayan yang menangkap ikan tanpa lesen ditahan di sekitar perairan Parit Jawa, semalam.
Ketua Cawangan Perlindungan Sumber Pejabat Perikanan Johor, Yusni Mohd Yusoh berkata, kesemua yang ditahan mengikut Seksyen 8(b) Bukan Usaha Sendiri (BUS) ialah nelayan tempatan berusia antara 20-an hingga 60-an.
Iklan
Iklan
"Nelayan ini dikesan sedang membawa vesel milik individu lain.
"Ketika operasi kira-kira jam 1 pagi itu, kesemua vesel ini juga melanggar Seksyen 8(b), beroperasi menunda ikan di luar kawasan yang dibenarkan melebihi garis lintang bagi vesel pukat tunda,” katanya kepada pemberita hari ini.
Iklan
Yusni berkata, kesemua vesel pukat tunda zon B itu dikesan berpangkalan di Pontian, Rengit dan Parit Botak.
"Pada operasi berkenaan, keenam-enam vesel ini ditahan di lokasi berasingan dalam perairan Parit Jawa iaitu Parit Rabu, Parit Sakai, Tanjung Tohor dan Parit Unas.
Iklan
"Tiga daripada vesel dikesan melanggar Seksyen 8(b), beroperasi menunda ikan pada waktu yang dibenarkan 6 pagi hingga 7 petang pada 5 hingga 12 batu nautika dari garis pantai,” katanya.
Katanya, individu yang ditahan juga diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Perlindungan Sumber Batu Pahat bagi menjalankan siasatan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lagi kes kanak-kanak diserang anjing liar: Alif keluar beli ubat, hanya 200 meter dari rumah"><meta itemprop="description" content="Hasrat seorang remaja lelaki membeli ubat untuk adiknya yang demam bertukar detik cemas apabila dia diserang anjing liar di Kawasan Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai di Iskandar Puteri, pada awal pagi Isnin.
Mohammad Alif Najmi Mohd Razi, 15, berkata, dia tidak menyangka perjalanan singkat ke kedai runcit kira-kira 200 meter dari rumahnya itu berakhir dengan kecederaan apabila seekor anjing menerkam dan menggigit kaki kirinya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800262/edisi/johor/lagi-kes-kanak-kanak-diserang-anjing-liar-alif-keluar-beli-ubat-hanya-200-meter-dari-rumah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #anjingliar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-13T07:38:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/fuseA1gpU0AvlcZrk/x1080"><meta itemprop="duration" content="P95S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbmesju"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbmesju"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbmesju"></script>