Wanita perlu terlibat membuat keputusan penting negara: Noraini
Iklan
Noraini (empat,kiri) yang juga merupakan Pengerusi Commonwealth Women Parliamentarians (CWP) mengabadikan kenangan bersama Ahli-ahli Parlimen Wanita pelbagai negara di Persidangan CWP di Islamabad, Pakistan.
ISLAMABAD - Wanita perlu lebih dilibatkan dalam barisan yang membuat keputusan penting negara demi menjamin kestabilan sosial dan menuju ke arah sebuah negara maju.
Perkara itu ditegaskan Pengerusi Persatuan Ahli Parlimen Komanwel Wanita (CWP), Datuk Dr Noraini Ahmad yang melihat nisbah wanita dalam peringkat penting membuat keputusan masih rendah dan usaha memperkasakan soal itu agak perlahan.
Iklan
Iklan
Beliau mahu melihat wanita mesti mempunyai penyertaan penuh dalam usaha-usaha mencegah dan penyelesaian konflik, usaha pendamaian serta perlindungan golongan wanita dan gadis.
Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong berkata, keberadaan golongan wanita dalam dunia politik lebih-lebih lagi sebagai ahli Parlimen bukanlah suatu perkara yang asing bahkan hal itu membuktikan kewibawaan wanita tidak boleh lagi diragui.
Iklan
"Memperkasakan wanita adalah penting untuk membolehkan golongan terlibat dalam politik dan ekonomi dengan matlamatnya untuk memastikan wanita akan menyumbang kepada masyarakat yang stabil, yang seterusnya akan menjana negara yang maju.
"Setiap negara perlu menggalakkan lebih ramai wanita berada dalam sektor perkejaan, sama ada sektor swasta atau awam. Wanita hari ini memainkan peranan penting sebagai pembuat keputusan peringkat ekonomi yang lebih tinggi, semasa konflik dan situasi selepas konflik,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Persidangan Women’s Parliamentary Caucus di Islamabad, Pakistan hari ini.
Noraini yang juga Ketua Wanita UMNO merupakan rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai Pengerusi CWP.
Beliau juga pada tahun ini mencatatkan sejarah apabila menjadi wanita pertama yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia yang memantau khususnya isu-isu kewangan dan audit kerajaan.
Semasa memberikan ucapan, Noraini turut berkongsi beberapa maklumat tentang nisbah wanita dalam peringkat tertinggi kerajaan, antaranya setakat Februari 2019, wanita hanya menguasai 24.3 peratus ahli-ahli Parlimen daripada kesemua Parlimen di dunia.
Tambahnya, negara Rwanda memiliki jumlah ahli Parlimen tertinggi iaitu 61.3 peratus daripada kerusi Dewan Rakyat manakala setakat Jun 2019 hanya 11 wanita menjadi Ketua Negara dan hanya 12 wanita menjadi ketua kerajaan.
Beliau berkata, sebagai Pengerusi CWP, enam strategi akan diusahakan untuk meningkatkan bilangan wanita dalam Parlimen dan legislatif.
Enam strategi itu ialah membina kapasiti CWP di peringkat serantau, komunikasi CWP dan peningkatan profil, penyelidikan, menggerakkan penglibatan alumni CWP, memanfaatkan kedudukan melalui program-program Persatuan Ahli Parlimen Negara Komanwel (CPA) dan menggalakkan kerjasama organisasi.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT