Tiada istilah tanah adat di Perak: MB
Iklan
Ahmad Faizal Azumu
IPOH - Kerajaan Perak menjelaskan tiada istilah tanah adat yang diperuntukkan kepada mana-mana kaum di negeri ini seperti yang termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, semua pihak perlu menyedari hakikat bahawa negeri ini diduduki oleh semua kaum secara bersama.
Iklan
Iklan
Menurutnya, tindakan pihak tertentu terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berjuang untuk tanah adat orang asli akan memberi kesan kepada kaum lain di negeri ini.
"Kalau ada sebilangan NGO yang mengatakan kita perlu berjuang untuk tanah adat orang asli bagaimana pula jika ada atau kaum lain yang turut mahukan tanah adat untuk kaum mereka.
Iklan
"Akhirnya apakah kita perlu bahagikan tanah-tanah kerajaan negeri ini sama rata tanpa mengikut perancangan jika hendak dimajukan secara betul oleh kerajaan," katanya selepas hadir ke Majlis Jasamu Dikenang Sesi 2 Tahun 2019 di sebuah hotel di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy sebelum ini yang meminta kerajaan negeri mengiktiraf tanah adat orang asli,
Iklan
Dalam pada itu, Ahmad Faizal nafi wujud konflik di antara kerajaan Perak dengan orang asli di negeri itu malah hubungan kerajaan negeri dengan semua rakyat termasuk orang asli amat baik.
"Kita berharap jika ada golongan tertentu yang ingin menjuarai sesuatu isu, jangan libatkan keseluruhan sesuatu kaum dengan kerajaan kerana ini amat bahaya.
"Konflik antara kaum tidak pernah baik. Jangan cetuskan konflik antara kaum sebaliknya apa juga permasalahan berunding dengan kerajaan kerana kita akan mendengar dan berbincang cara baik tanpa mengeluarkan kenyataan di media sosial," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan"><meta itemprop="description" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah telah melaksanakan prosedur ditetapkan serta mengadakan perbincangan bersama keluarga mangsa berhubung kes buli serta dakwaan murid dipukul guru yang berlaku di Chemor dan Pengkalan Hulu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kedua-dua kes berkenaan bagaimanapun diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut susulan laporan yang dibuat pihak terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799864/edisi/perak/kes-buli-dakwaan-murid-dipukul-guru-ppd-laksana-prosedur-ditetapkan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #dakwaanbuli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-10T04:37:08.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P97S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbkofdm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbkofdm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbkofdm"></script>