Johor usaha tarik pelabur Australia
Iklan
Jimmy (tiga dari kiri) ketika melawat Eco Business Park 1.
JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri sentiasa berusaha meneroka mana-mana peluang pelaburan yang baharu dan terkini daripada Australia.
Exco Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, Johor tidak mahu bergantung terhadap satu-satu bentuk pelaburan sahaja.
Iklan
Iklan
"Pagi ini saya bersama Menteri Besar (Datuk Dr Sahruddin Jamal) berjumpa duta daripada empat negara iaitu Australia, Jerman, Britain dan Denmark.
"Hasil daripada perbincangan itu, saya akan ke Australia pada penghujung bulan ini bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) serta Lembaga Pelaburan Malaysia (Mida).
Iklan
"Menerusi rombongan itu, kita akan berusaha berjumpa dengan para peniaga dari negara itu untuk menarik pelabur ke negeri ini.
"Perjumpaan tersebut begitu positif dan saya yakin dapat membantu pelaburan Johor. Ini kerana, kerajaan negeri sentiasa mencari peluang-peluang pelaburan yang baharu," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Eco Business Park 1, Taman Ekoperniagaan di sini hari ini.
Mengenai lawatan itu, Jimmy diberi taklimat yang komprehensif daripada MBJB berkaitan kawasan industri di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.
"Terdapat 10,001 pegangan cukai membabitkan industri di bawah MBJB melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM42.84 juta.
"Berdasarkan kepada data angka ini, jelas menunjukkan sektor industri memainkan peranan kepada bandar raya," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sumber air terhad, bomba berdepan cabaran padam kebakaran paya gambut"><meta itemprop="description" content="Tiupan angin kencang, cuaca panas dan sumber air yang terhad menjadi cabaran utama anggota bomba memadam kebakaran hutan paya gambut seluas 51.4 hektar di Jalan Bypass Sebana Cove-Punggai, Pengerang, Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Baharuddin Idris berkata, keadaan cuaca kering dan angin kencang ketika ini menyebabkan api berisiko merebak dengan lebih pantas selain menyukarkan operasi pemadaman di kawasan hutan dan paya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793437/edisi/johor/sumber-air-terhad-bomba-berdepan-cabaran-padam-kebakaran-paya-gambut
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bomba #Kebakaran #PayaGambut"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-25T08:14:23.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dj4GQ1gZKxlN776IX/x1080"><meta itemprop="duration" content="P90S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb0ldlm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb0ldlm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb0ldlm"></script>