UTM, Udinus meterai MoU perkasa pembangunan akademik

Iklan
Wahid (dua dari kanan) dan Edi (dua dari kiri) bertukar dokumen MoU yang ditandatangani sambil diperhatikan Tri (kiri) dan Mohammed Rafiq di UTM hari ini.

SKUDAI - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Fakulti Kejuruteraan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universitas Dian Nuswantoro Indonesia (Udinus), hari ini.

MoU berkenaan adalah untuk pemerkasaan kerjasama dalam penyelidikan kejuruteraan, akademik dan pembangunan sumber manusia, sekali gus mempererat hubungan antara kedua-dua negara dalam landskap pendidikan tinggi.

Iklan
Iklan

Dalam majlis MoU berkenaan, UTM diwakili Naib Canselor, Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar, manakala Udinus diwakili oleh rektornya, Prof Ir Edi Noersasongko.

Menurut Wahid, kerjasama berlangsung selama lima tahun ini bertujuan meningkatkan kualiti pendidikan tinggi melalui pelbagai aktiviti kolaborasi.

Iklan

"Ini termasuklah operasi penyelidikan, pertukaran ilmu antara staf dan mahasiswa untuk tujuan pengajaran, penyelidikan dan perbincangan, penerbitan bersama serta perkongsian bahan-bahan akademik dan penerbitan penyelidikan.

"Melalui kerjasama ini juga, sebuah kerjasama penyelidikan bersama dalam kejuruteraan kimia dan teknologi komunikasi akan dijalankan," katanya selepas menandatangani MoU berkenaan di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM, di sini hari ini.

Iklan

Hadir sama, Dekan Fakulti Kejuruteraan UTM, Prof Datuk Ir Dr Mohammed Rafiq Abdul Kadir serta Ketua Yayasan Udinus, Tri Rustanti.

Sementara itu, Edi berkata, Udinus ialah sebuah universiti swasta berakreditasi institusi A yang berada di Semarang, Indonesia ditubuhkan pada 1990.

"Berikutan itu, sebagai universiti swasta, kami perlu mempelbagaikan kerjasama dengan pelbagai pihak untuk meningkatkan mutu kami dari semasa ke semasa.

"Kami juga berhasrat untuk menghantar pensyarah Udinus ke UTM bagi mengikuti pengajian doktor falsafah dan pertukaran staf serta pelajar untuk mengembangkan kerjasama dalam akademik, pertukaran dan pembangunan staf," katanya.