KUALA LUMPUR - Akibat melemparkan kata-kata 'bodoh la polis' kepada seorang anggota polis, seorang penghantar makanan didenda RM1,000 atau penjara dua bulan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret Noorasyikin Sahat menjatuhkan hukuman itu terhadap Mahathir Mohd Zin, 38, selepas dia mengaku bersalah mengeluarkan perkataan tersebut yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan atau mengganggu kesantunan terhadap anggota polis, Mohd Norhisyam Mohamad Ashari.