Sangka hanya bisul biasa
Iklan
Kang Hiang yang menderita ketumbuhan di mata kiri merancang untuk melakukan pembedahan di Taiwan.
PONTIAN - Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Begitulah keadaan Teh Kang Hiang, 24, yang mengalami ketumbuhan semakin membesar di bahagian mata kirinya.
Ibunya, Ng Gek Lan, 58, berkata, Kang Hiang merupakan seorang anak ceria dan kuat bekerja sebelum dia diserang penyakit yang pada awalnya disangkakan sebagai bisul biasa sejak empat tahun lalu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, Kang Hiang yang juga akan keempat dari lima beradik sebelum ini bekerja di sebuah kilang di Singapura.
"Anak saya mengadu tidak selesa kerana terdapat benjolan di dalam hidungnya. Selain itu ada juga benjolan di atas keningnya.
Iklan
"Dia kemudian menjalani pembedahan. Tetapi lepas itu benjolan itu tumbuh semula. Sudah empat kali dia jalani pembedahan,” katanya.
Gek Lan berkata, keadaan anaknya itu bertambah serius apabila benjolan berkenaan semakin membesar sejak setahun lalu.
Iklan
"Dia beritahu benjolan yang membesar itu menyebabkan dia rasa sakit dan tidak selesa. Benjolan itu hampir menutup wajah di sebelah kirinya.
"Kang Hiang mempunyai seorang anak perempuan berusia 5 tahun dan suaminya Goh Wee Siang , 32, bekerja sebagai tukang masak,” katanya.
Jelasnya, dia berhasrat untuk membawa anaknya itu mendapatkan rawatan di Taiwan namun kos yang diperlukan agak tinggi iaitu mencecah RM300,000.
Kisah Kah Hiang yang tular di media sosial mendapat perhatian DAP cawangan Pontian Jaya yang tampil menghulurkan sumbangan.
Wakilnya, Tan Boon Chuan berkata, dia amat bersimpati dengan Kah Hiang yang mengalami masalah kesihatan serius iaitu ketumbuhan di bahagian muka.
"Kami lancarkan tabung derma bagi bantu Kang Hiang yang kini sedang dirawat di Hospital Pontian,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sumber air terhad, bomba berdepan cabaran padam kebakaran paya gambut"><meta itemprop="description" content="Tiupan angin kencang, cuaca panas dan sumber air yang terhad menjadi cabaran utama anggota bomba memadam kebakaran hutan paya gambut seluas 51.4 hektar di Jalan Bypass Sebana Cove-Punggai, Pengerang, Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Baharuddin Idris berkata, keadaan cuaca kering dan angin kencang ketika ini menyebabkan api berisiko merebak dengan lebih pantas selain menyukarkan operasi pemadaman di kawasan hutan dan paya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793437/edisi/johor/sumber-air-terhad-bomba-berdepan-cabaran-padam-kebakaran-paya-gambut
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bomba #Kebakaran #PayaGambut"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-25T08:14:23.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dj4GQ1gZKxlN776IX/x1080"><meta itemprop="duration" content="P90S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb0ldlm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb0ldlm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb0ldlm"></script>