Hakim kena reman didakwa bebaskan PATI

Iklan

PUTRAJAYA - Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Baru (KKB) direman selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung suapan untuk membebaskan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya.

Iklan
Iklan

"Dua hari bermula hari ini," katanya.

Semalam, SPRM memberkas hakim lelaki itu dan turut merampas sejumlah wang.

Iklan

Ia rentetan daripada penahanan timbalan pendakwa raya, peguam dan beberapa anggota polis berhubung kes sama.

Mereka dipercayai menerima suapan bagi melepaskan sembilan Pati daripada tahanan pihak berkuasa.

Iklan

Dalam operasi khas itu, SPRM merampas wang RM100,000 dengan pecahan RM17,500 dirampas daripada peguam, manakala RM82,500 dijumpai daripada pihak timbalan pendakwa raya.