Dua beradik serang guru direman empat hari
Iklan
Tular video suspek bertindak mengasari dan cuba mengheret guru berusia 52 tahun ke luar pagar sekolah.
BACHOK - Dua beradik yang disyaki menyerang seorang guru di sebuah sekolah menengah di Gunong di sini direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Jumaat ini, bagi membantu siasatan.
Perintah tahanan reman ke atas kedua-dua lelaki itu, masing-masing berusia 42 dan 30 tahun, dikeluarkan di Mahkamah Majistret Bachok oleh Majistret Azem Fatihi Kamal.
Iklan
Iklan
Kedua-dua lelaki terbabit, yang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok semalam, disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan bagi kesalahan memukul dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.
Ahad lepas, tular satu rakaman video berdurasi 3 minit 31 saat memaparkan dua lelaki menyerang seorang guru di dalam pekarangan sebuah sekolah akibat salah faham berhubung anak saudara jagaannya yang digantung persekolahan.
Iklan
Iklan
Video itu turut memperlihatkan seorang daripada suspek bertindak mengasari dan cuba mengheret guru berusia 52 tahun ke luar pagar sekolah.- Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Guru berdepan dua pertuduhan amang seksual pelajar Tingkatan Tiga"><meta itemprop="description" content="Seorang guru di sebuah sekolah menengah di Jelebu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga, Ogos lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, Muhammad Faaris Ar Radhi Mohamad Fadzil, 29, didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806057/berita/mahkamah/guru-berdepan-dua-pertuduhan-amang-seksual-pelajar-tingkatan-tiga
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesjenayahseksual"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-25T07:50:41.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/hE3Iw1h1fDHsh8A8M/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbzphoa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbzphoa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbzphoa"></script>