KET9 dapat bidaan tertinggi RM50,000
Iklan
Ismasuhaimi (tengah) menunjukkan nombor pendaftaran kenderaan KET mendapat bidaan tertinggi pada sidang media di Ibu Pejabat JPJ Kedah hari ini. (Gambar kecil: Ismasuhaimi)
ALOR SETAR - Tempahan nombor pendaftaran kenderaan siri KET yang dibuka Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mendapat bidaan tertinggi di negeri ini ialah KET9.
Pengarah JPJ Kedah, Ismasuhaimi Shariff berkata, seorang pembida berjaya membuat tempahan nombor pendaftaran KET9 itu pada harga RM50,000.
Iklan
Iklan
Ismasuhaimi berkata, KET9 merupakan antara 10 nombor pendaftaran kenderaan KET yang dibida pada harga tertinggi apabila tempahan dibuka pada 11 hingga 15 Julai lepas.
"Manakala, bidaan kedua tertinggi direkodkan ialah RM49,888 untuk nombor KET3 dan ketiga tertinggi direkodkan ialah RM42,000 untuk KET8.
Iklan
"Nombor pendaftaran kenderaan KET5 dan KET17 masing-masing dibida pada harga RM40,000, diikuti KET2 (RM37,000), KET6 (RM31,000), KET11 (RM23,500) dan KET88 (RM18,800)," katanya.
Ismasuhaimi berkata, sehingga kini, jumlah keseluruhan bagi permohonan bidaan KET ialah RM862,881 melibatkan 341 pemohon yang berjaya.
Iklan
Ismasuhaimi (tengah) menunjukkan nombor pendaftaran kenderaan KET mendapat bidaan tertinggi pada sidang media di Ibu Pejabat JPJ Kedah hari ini.
Katanya, pembidaan nombor pendaftaran kenderaan siri KET96 paling mendapat perhatian apabila menerima 16 bidaan, diikuti KET88 seramai 14 bidaan.
"Seterusnya, siri KET20 turut popular di kalangan pembida apabila dibida 10 orang, manakala KET47 dan KET89 masing-masing sebanyak sembilan bidaan," katanya.
Sebelum ini, JPJ Kedah membuka tempahan nombor pendaftaran kenderaan bagi plat KET melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) berbanding manual.
Dalam perkembangan sama, Ismasuhami memaklumkan pihaknya turut mengambil tindakan penguatkuasaan dengan menyita kira-kira 20 lori dalam operasi penguatkuasaan di Jabi, Pokok Sena, baru-baru ini.
"Malah, kita juga mengambil tindakan terhadap nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi ataupun fancy, seperti saiz di bawah Seksyen 13 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.