Sultan Johor, Permaisuri singgah Felda Taib Andak
Iklan
Sultan Ibrahim bersama Raja Zarith Sofiah berkenan menikmati sajian daging salai di Felda Taib Andak.
KULAI - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan mencemar duli merasai cara kehidupan orang kampung dan peneroka ketika singgah di Felda Taib Andak, hari ini.
Pasangan diraja itu turut berkenan beramah mesra dan bersarapan di rumah asal peneroka Felda, Mohamad Abu, 52, dan isteri, Azlinah Ahmad, 49, semasa Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2019.
Iklan
Iklan
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan merasai masakan berasaskan daging salai yang diusahakan Mohamad dan Azlinah iaitu Daging Salai Tiga Abdul.
"Sedaplah daging salai ni, rasa dia klasik. Lain dari daging biasa," titah Sultan Ibrahim selepas merasai sajian berkenaan.
Iklan
Sementara itu, Mohamad berkata, kunjungan Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah akan diingati sepanjang hidupnya malah berasa bertuah kerana baginda Tuanku berkenan melawat rumahnya.
"Rumah ini merupakan struktur asal rekaan rumah peneroka yang dibina sejak tahun 1960 lagi dan kami akan menjaganya dengan baik untuk tatapan generasi akan datang," katanya.
Iklan
Baginda Tuanku kemudiannya meninjau kawasan kampung dengan menaiki motosikal sebelum singgah di warung kopi dan bermesra bersama peneroka.
Sementara itu, Raja Zarith Sofiah pula berkenan menziarahi adik Siti Nurwadiyah Khalid, 9, yang menghidap penyakit Sindrom Treacher Collins atau gangguan perkembangan tulang dan jaringan tubuh pada bahagian wajah.
Permaisuri Johor turut menyampaikan sumbangan kepada Siti Nurwardiyah dan beberapa penerima sumbangan ketika singgah di rumah peneroka Felda Taib Andak.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lagi kes kanak-kanak diserang anjing liar: Alif keluar beli ubat, hanya 200 meter dari rumah"><meta itemprop="description" content="Hasrat seorang remaja lelaki membeli ubat untuk adiknya yang demam bertukar detik cemas apabila dia diserang anjing liar di Kawasan Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai di Iskandar Puteri, pada awal pagi Isnin.
Mohammad Alif Najmi Mohd Razi, 15, berkata, dia tidak menyangka perjalanan singkat ke kedai runcit kira-kira 200 meter dari rumahnya itu berakhir dengan kecederaan apabila seekor anjing menerkam dan menggigit kaki kirinya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800262/edisi/johor/lagi-kes-kanak-kanak-diserang-anjing-liar-alif-keluar-beli-ubat-hanya-200-meter-dari-rumah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #anjingliar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-13T07:38:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/fuseA1gpU0AvlcZrk/x1080"><meta itemprop="duration" content="P95S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbmesju"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbmesju"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbmesju"></script>