Iran rampas kapal tangki minyak British di Selat Hormuz

Iklan
Foto Stena Bulk/Handout/via Reuters

TEHERAN - [DIKEMASKINI] Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), semalam telah merampas kapal tangki minyak British, Stena Impero, di Selat Hormuz, lapor agensi berita Xinhua.

"Kapal British ditahan kerana gagal menghormati peraturan maritim antarabangsa ketika melalui Selat Hormuz," kata kenyataan yang dikeluarkan bahagian Perhubungan Awam IRGC.

Iklan
Iklan

Kapal minyak berkenaan kemudiannya dibawa ke Pelabuhan Hormozgan untuk tindakan selanjutnya, kata kenyataan itu.

Awal bulan ini, British Royal Marines merampas kapal Iran di Selat Gibraltar, yang mereka dakwa sedang menuju ke Syria telah melanggar sanksi EU.

Iklan
Iklan

Iran telah mengancam untuk bertindak balas sekiranya London tidak melepaskan kapal tangki berkenaan.- Bernama