Wajah baharu bas sekolah percuma DBKL
Iklan
KUALA LUMPUR - Bas yang digunakan bagi program Bantuan Bas Sekolah Percuma oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal berwajah baharu bermula 1 September ini.
Sumber dari Unit Media DBKL berkata, padanan grafik yang ceria dan moden itu diharap dapat memberikan semangat kepada murid sekolah untuk menuntut ilmu.