Kritikal lepas minum arak disyaki beracun
Iklan
Ahmad Dzaffir
KAJANG - Seorang lelaki warga Bangladesh berusia lingkungan 20-an kritikal selepas meminum arak disyaki mengandungi bahan kimia beracun jenis methanol di Kampung Baru Balakong pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan keracunan methanol itu pada jam 10.45 pagi tadi.
Iklan
Iklan
Menurutnya, mangsa tidak sedarkan diri selepas meminum arak yang dibawa dari Kampung Baru Balakong.
"Pemeriksaan ke atas mangsa mendapati dia ada minum minuman keras yang mengandungi toksik methanol.
Iklan
"Mangsa masih dirawat dan disahkan kritikal,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ahmad Dzaffir berkata, polis mengambil serius insiden itu berikutan ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa.
Iklan
Terdahulu katanya, terdapat tujuh kematian keracunan arak direkodkan di daerah Kajang tahun lalu dan tiga kes sama tahun ini.
Kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak meminum arak tiruan atau murah yang dikhuatiri berisiko terdedah kepada keracunan methanol sehingga boleh menyebabkan kehilangan nyawa.
"Orang ramai diminta menyalurkan maklumat berhubung pembekal bahan atau minuman beracun kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang atau balai polis berhampiran,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ratusan batang besi bertaburan, jalan ditutup lebih 12 jam"><meta itemprop="description" content="Selepas kira-kira lima bulan penduduk Kampung Sungai Lang Tengah, Banting 'terseksa' dengan kedegilan pihak pemaju yang terus menggunakan jalan kampung sebagai laluan lori lebih muatan, situasi itu memuncak dengan kemalangan sebuah kenderaan berat itu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli.
Kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi dipercayai berpunca kerana lori membawa muatan besi tersebut gagal melepasi selekoh laluan tersebut sebelum terbalik dan hampir kesemua bahagian kenderaan itu terperosok masuk ke dalam parit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806564/edisi/selangor-kl/ratusan-batang-besi-bertaburan-jalan-ditutup-lebih-12-jam
Muzik: Wicked Cinema Ricochet dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AduanRakyat #Banting #Penduduk"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T03:53:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P88S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xd6i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xd6i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xd6i"></script>