Ubat kuat 'beracun' bernilai RM510,000 dirampas
Iklan
Ubat kuat lelaki bernilai RM510,000 dirampas yang dirampas dalam serbuan di sebuah kilang di Damansara semalam. - Foto Ihsan JKNS
PETALING JAYA - Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) merampas ubat kuat lelaki bernilai RM510,000 yang disyaki mengandungi racun berjadual Tadalafil dalam satu serbuan di sebuah kilang di Damansara semalam.
Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata, dalam serbuan dilakukan Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Selangor itu turut merampas kosmetik tidak bernotifikasi dianggarkan bernilai RM124,000.
Iklan
Iklan
Menurutnya, serbuan dilaksanakan selepas pihaknya menerima maklumat berhubung aktiviti pengilangan produk kesihatan tidak berdaftar di premis terbabit.
"Kesemuanya dirampas untuk siasatan lanjut di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952.
Iklan
"Tindakan tegas akan diambil kerana ini kesalahan kedua di premis yang sama,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli sebarang ubat kuat yang tidak berdaftar secara dalam talian.
Iklan
Orang ramai juga diingatkan supaya sentiasa berhati-hati sewaktu membeli apa-apa produk kesihatan dan kosmetik di pasaran dan memastikan ia mematuhi keperluan undang-undang yang dikuatkuasakan.
"Pengguna boleh semak kesahihan nombor pendaftaran produk atau notifikasi kosmetik dengan melayari www.npra.moh.gov.my / atau menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai boleh mengemukakan aduan dan menyalurkan maklumat berkenaan produk meragukan kepada Program Perkhidmatan Farmasi menerusi laman sesawang http://www.pharmacy.gov.my.
Aduan juga boleh dibuat menerusi portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di http://moh.spab.gov.my atau mana-mana cawangan penguatkuasaan farmasi berdekatan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ratusan batang besi bertaburan, jalan ditutup lebih 12 jam"><meta itemprop="description" content="Selepas kira-kira lima bulan penduduk Kampung Sungai Lang Tengah, Banting 'terseksa' dengan kedegilan pihak pemaju yang terus menggunakan jalan kampung sebagai laluan lori lebih muatan, situasi itu memuncak dengan kemalangan sebuah kenderaan berat itu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli.
Kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi dipercayai berpunca kerana lori membawa muatan besi tersebut gagal melepasi selekoh laluan tersebut sebelum terbalik dan hampir kesemua bahagian kenderaan itu terperosok masuk ke dalam parit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806564/edisi/selangor-kl/ratusan-batang-besi-bertaburan-jalan-ditutup-lebih-12-jam
Muzik: Wicked Cinema Ricochet dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AduanRakyat #Banting #Penduduk"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T03:53:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P88S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xd6i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xd6i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xd6i"></script>