Polis sahkan protes warga Nigeria

Iklan
Mazlan

KUALA LUMPUR - Satu perhimpunan telah diadakan oleh warga Nigeria susulan kematian rakan senegara dalam tahanan Jabatan Imigresen, Selasa lalu

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, seramai 20 orang terlibat dalam perhimpunan yang diadakan oleh Nigerians In Diaspora Organization Malaysia (NIDO-MY) di hadapan Suruhanjaya Tinggi Nigeria, 11.50 pagi tadi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihak polis telah ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan berlaku kekecohan di Suruhanjaya Tinggi Nigeria.

"Peserta protes membuat bantahan kerana tidak berpuas hati dengan suruhanjaya itu yang didakwa tidak bertanggungjawab terhadap kebajikan warganegaranya yang maut.

Iklan

"Kekecohan berlaku di luar pagar selepas peserta tidak dibenarkan masuk ke dalam pejabat. Bagaimanapun peserta protes beredar selepas diarahkan polis," katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Katanya, tiada individu yang cedera mahupun kerosakan harta benda sepanjang perhimpunan diadakan.

Iklan

"Pemantauan dan rondaan lebih kerap diteruskan di Suruhanjaya Tinggi Nigeria bagi tujuan mengekalkan keamanan dan kesejahteraan di Kuala Lumpur.

"Polis menasihatkan warganegara Nigeria supaya menghormati undang-undang di negara ini dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang," katanya.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.