SEPANG - Kehadiran murid orang asli ke sekolah yang dicatatkan pada tahun ini sehingga 30 Jun lepas ialah 89.48 peratus, kata Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching.
"Ia hasil usaha kementerian melaksanakan program Transformasi Pendidikan orang asli di 98 sekolah rendah murid orang asli di negara ini,” katanya mengenai pencapaian itu yang menghampiri sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kementerian iaitu 90 peratus.