Ibu kandung Wafiy dicari
Iklan
Ibu kandung Wafiy dicari bagi membantu melancarkan proses pengambilan anak angkat secara sah di JKM.
KULAI – Sepasang suami isteri yang tinggal di Taman Pulai Indah di sini, mencari ibu kandung kepada kanak-kanak lelaki yang dijaga mereka bagi membantu urusan pengambilan anak angkat.
Azirah Abdul Aziz, 33 berkata dia bersama suaminya, Fahmi Awang, 33 menjaga Wafiy Qayyum sejak berusia 20 hari selepas diberikan kandungnya yang hanya dikenali melalui seorang kenalan.
Iklan
Iklan
Katanya, melalui rakan kenalan dikenali sebagai Shida, dia beritahu ibu kandung Wafiy berusia lingkungan 30 tahun mahu menyerahkan anaknya.
"Saya diberitahu dia mahu pulang ke Indonesia. Tidak banyak yang saya tahu tentang ibu kandung Wafiy.
Iklan
"Beberapa kali cuba hubungi nombor telefon yang diberikan, namun nombor itu tidak aktif,” katanya.
Azirah berharap agar ibu kandung Wafiy tampil membantunya melengkapkan dokumen anak angkat.
Iklan
"Proses anak angkat ini sangat penting untuk masa depan Wafiy. Tahun depan umurnya sudah 7 tahun, sepatutnya dia ke sekolah.
"Saya dan suami sangat menyayangi Wafiy yang kami anggap seperti anak sendiri. Kehadiran Wafiy membahagiakan saya dan suami serta dua lagi cahaya mata kami berusia lima dan dua tahun,” katanya.
"Saya harap jika ibu kandungnya terbaca mengenai berita ini boleh tampil ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kulai,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sumber air terhad, bomba berdepan cabaran padam kebakaran paya gambut"><meta itemprop="description" content="Tiupan angin kencang, cuaca panas dan sumber air yang terhad menjadi cabaran utama anggota bomba memadam kebakaran hutan paya gambut seluas 51.4 hektar di Jalan Bypass Sebana Cove-Punggai, Pengerang, Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Baharuddin Idris berkata, keadaan cuaca kering dan angin kencang ketika ini menyebabkan api berisiko merebak dengan lebih pantas selain menyukarkan operasi pemadaman di kawasan hutan dan paya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793437/edisi/johor/sumber-air-terhad-bomba-berdepan-cabaran-padam-kebakaran-paya-gambut
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bomba #Kebakaran #PayaGambut"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-25T08:14:23.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dj4GQ1gZKxlN776IX/x1080"><meta itemprop="duration" content="P90S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb0ldlm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb0ldlm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb0ldlm"></script>