'Ayah, mak dah maafkan abang long...'
Iklan
Azman yang menghilangkan diri tanpa khabar berita sejak lima tahun lalu.
KOTA TINGGI -"Ayah dan mak dah maafkan abang long," demikian rayu seorang wanita di sini yang tidak pernah putus asa mengesan abang kandungnya setelah lima tahun terputus hubungan dengan keluarga.
Suriati Adnan, 33, berkata, kali terakhir berhubung dengan abang sulungnya, Azman, 47, dia memaklumkan bekerja sebagai pemandu lori ais sebelum hilang tanpa khabar berita.
Iklan
Iklan
"Lima tahun lepas saya dan abang masih berhubung melalui aplikasi WeChat. Abang ada masalah dengan orang tua kami jadi dia bawa diri ke Johor dan menetap di Kota Tinggi.
"Masa itu abang kata dia bekerja sebagai pemandu lori ais. Dia hanya berhubung dengan saya kerana takut orang tua kami masih marah kepadanya.
Iklan
"Hendak dijadikan cerita, sebelum bulan puasa abang menghilangkan diri. Terus tidak dapat dihubungi. Sampailah sekarang ini dia hilang tanpa khabar berita," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, lebih memilukan apabila orang tua mereka kini telah meninggal dunia tanpa abang sempat melihat jenazah mereka untuk kali terakhir.
Iklan
"Memang tujuan cari abang sebab nak bagitahu dia tentang kematian orang tua kami.
"Orang tua kami meninggal pun dia tidak tahu. Ayah meninggal pada 25 Mac 2017 kerana kegagalan buah pinggang manakala mak meninggal pada 12 Jun 2018 kerana serangan jantung. Keduanya dikebumikan di Sibu, Sarawak.
"Arwah ayah pernah cakap dia dah maafkan abang long dunia akhirat. Arwah mak pula hanya cakap dia rindu dengan abang long sebelum meninggal dunia. Kalau boleh saya hendak jumpa dengan abang sendiri untuk menyampaikan berita ini," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Azman boleh menghubungi Suriati (019-8388454).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="JAINJ tidak tolak kemungkinan kontraktor terlibat kes buang al-Quran, buku agama tepi jalan"><meta itemprop="description" content="Kontraktor yang dipertanggungjawabkan menguruskan pelupusan dipercayai terbabit dalam kes penemuan bungkusan plastik mengandungi kitab suci al-Quran dan buku agama di tepi jalan di Ulu Tiram pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, kemungkinan itu turut diberi perhatian dalam siasatan berikutan jumlah bahan yang ditemukan agak banyak dan bukan sekadar melibatkan kuantiti kecil.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806237/edisi/johor/jainj-tidak-tolak-kemungkinan-kontraktor-terlibat-kes-buang-al-quran-buku-agama-tepi-jalan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #isupelupusanQuranbukuagamaditepijalan #jainj"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-26T12:00:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P105S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc03e6e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc03e6e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc03e6e"></script>