'Bukan Kota Bharu sahaja kena kunci tayar'
Iklan
Mohd Amar ketika majlis Perasmian Taman Memorial Keamanan Kota Bharu di Taman Al-fursan Pengkalan Chepa sempena Hari Peringatan 20 tahun hubungan Kota Bharu dengan Kasaoka, Jepun hari ini.
KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan sedia maklum mengenai ketidakpuasan hati rakyat berkenaan isu kunci tayar di tempat parkir berbayar di daerah ini.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, isu kunci tayar adalah perkara terpencil dan ia berlaku disebabkan oleh kenderaan yang terlibat mungkin mempunyai rekod buruk seperti saman tertunggak.
Iklan
Iklan
"Mungkin ada rekod lama tetapi tidak diselesaikan sehingga ke hari ini, maka apa yang penting, bayar dulu saman.
"Masalah kunci tayar berlaku mana-mana tempat juga sama baik di Kelantan mahupun Kuala Lumpur," katanya pada sidang akhbar Majlis Perasmian Taman Memorial Keamanan Kota Bharu di Taman Al-fursan Pengkalan Chepa sempena Hari Peringatan 20 tahun hubungan Kota Bharu dengan Kasaoka, Jepun hari ini.
Iklan
Hadir sama Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan Kesihatan, Dr Izani Husin.
Menurutnya, pihak yang berkenaan boleh bertindak mengunci tayar jika mereka mempunyai asas untuk bertindak demikian berdasarkan saman dan kesalahan lampau.
Iklan
Beliau berkata, melihat dari segi pelaksanaan, mungkin ada kes yang melibatkan individu yang terlebih tegas melakukan tugasan mereka sehingga memberi tekanan kepada pemilik kenderaan.
Selepas kerajaan negeri menswastakan sistem meletak kenderaan kepada sebuah syarikat sejak tahun lalu, penduduk di Kota Bharu menyuarakan ketidakpuasan hati di laman sosial.
Ini kerana mereka menerima saman parkir dan ada juga sehingga menyebabkan tayar kenderaan mereka dikunci.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Buang peti suara demi nyawa, alat pembesar suara kini 'teman' setia Tanpa rasa sakit dan hanya bermula dengan suara yang makin perlahan, seorang pesara akhirnya disahkan menghidap kanser tiroid tahap empat sehingga terpaksa membuang peti suara, lapor war"><meta itemprop="description" content="Buang peti suara demi nyawa, alat pembesar suara kini 'teman' setia
Tanpa rasa sakit dan hanya bermula dengan suara yang makin perlahan, seorang pesara akhirnya disahkan menghidap kanser tiroid tahap empat sehingga terpaksa membuang peti suara, lapor wartawan Sinar Harian, Adilla Sharinni Wahid.
Keadaan itu menyebabkan Ismail Mamud, 68, kini bergantung sepenuhnya kepada alat pembesar suara untuk bercakap.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768859/edisi/kelantan/buang-peti-suara-demi-nyawa-alat-pembesar-suara-kini-teman-setia
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #buangpetisuarademinyawa #kansertiroid #bekaspesakitkanser"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-21T06:53:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/a5diq1fcLPJCxeVhf/x120"><meta itemprop="duration" content="P89S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xa0gylw"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xa0gylw"></script>