H1N1 di Myanmar ragut 21 nyawa
Iklan
YANGON - Sekurang-kurangnya 21 orang maut akibat selesema babi (H1N1) sejak dua minggu lalu di Myanmar, lapor agensi berita Anadolu.
"Seramai 21 orang termasuk empat kanak-kanak maut akibat virus H1N1 sejak beberapa minggu lalu," kata pegawai Kementerian Kesihatan Phyu Phyu Aye pada Selasa.