Pencemaran udara: Pemantauan diperluas kepada 90 premis
Iklan
Mohd Khuzzan (tengah) pada sidang media di Menara Aqabah hari ini.
PASIR GUDANG - Tindakan pemantauan dan penyiasatan industri yang melanggar kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling di daerah ini diperluas kepada 90 premis berbanding 72, Ahad lalu.
Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, perluasan usaha itu juga turut menyaksikan terdapat pertambahan kompaun serta perintah tahan operasi yang dikenakan terhadap semua premis berkenaan.
Iklan
Iklan
"Menerusi usaha ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan 21 kompaun lagi iaitu pertambahan daripada 40 kompaun sebelum ini. Satu notis arahan penambahbaikan sistem kendalian bahan kimia turut dikeluarkan.
"Perintah tahan operasi juga meningkat kepada enam kes berbanding tiga seperti dilakukan pada Ahad lalu,” katanya pada sidang media di Menara Aqabah di sini hari ini.
Iklan
Bagaimanapun, Mohd Khuzzan berkata, kompaun berhubung sisa (efluen) perindustrian yang dikeluarkan sepanjang operasi masih kekal 10.
Dalam pada itu, menurutnya, sebahagian pihak industri di kawasan itu turut bersetuju untuk membekalkan alat pengesan gas di semua 111 sekolah rendah dan menengah yang ada.
Iklan
"Usaha ini adalah hasil daripada pertemuan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bersama pihak industri yang dilakukan baru-baru ini.
"Selain membekalkan alat pengesan gas, kesemua pihak industri ini turut bersetuju untuk menjadikan semua sekolah ini sebagai sekolah angkat sebagai usaha tanggungjawab sosial korporat mereka,” katanya.
Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menubuhkan 18 pasukan khusus untuk membantu memberikan rawatan awal psikologi kepada sekolah-sekolah terjejas dalam kejadian pencemaran udara itu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lagi kes kanak-kanak diserang anjing liar: Alif keluar beli ubat, hanya 200 meter dari rumah"><meta itemprop="description" content="Hasrat seorang remaja lelaki membeli ubat untuk adiknya yang demam bertukar detik cemas apabila dia diserang anjing liar di Kawasan Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai di Iskandar Puteri, pada awal pagi Isnin.
Mohammad Alif Najmi Mohd Razi, 15, berkata, dia tidak menyangka perjalanan singkat ke kedai runcit kira-kira 200 meter dari rumahnya itu berakhir dengan kecederaan apabila seekor anjing menerkam dan menggigit kaki kirinya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800262/edisi/johor/lagi-kes-kanak-kanak-diserang-anjing-liar-alif-keluar-beli-ubat-hanya-200-meter-dari-rumah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #anjingliar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-13T07:38:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/fuseA1gpU0AvlcZrk/x1080"><meta itemprop="duration" content="P95S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbmesju"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbmesju"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbmesju"></script>