Dua beradik maut terlibat kemalangan
Iklan
Keadaan kereta dan motosikal selepas terlibat dalam kemalangan.
JOHOR BAHRU - Dua beradik maut selepas motosikal dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 29 Jalan Johor Bahru-Pontian, di sini hari ini.
Mangsa dikenali sebagai M Vinod Prasath, 25, dan M Prabu, 20, meninggal dunia di tempat kejadian.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian sekitar jam 7.57 pagi.
Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa dalam perjalanan dari arah Kangkar Pulai menghala ke Ulu Choh.
Iklan
"Mangsa cuba untuk memotong di garisan berkembar, tetapi gagal lalu bertembung dengan kereta yang datang dari arah bertentangan.
"Akibat kemalangan tersebut, mangsa iaitu penunggang dan pembonceng yang tercampak di tengah jalan mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kaki seterusnya disahkan maut di lokasi setelah diperiksa oleh pihak ambulans,” katanya di sini hari ini.
Iklan
Dzulkhairi berkata, pemandu kereta berusia 40 tahun yang turut mengalami kecederaan pada bahagian muka, dada dan tangan telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Katanya, punca kemalangan masih dalam siasatan di bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sumber air terhad, bomba berdepan cabaran padam kebakaran paya gambut"><meta itemprop="description" content="Tiupan angin kencang, cuaca panas dan sumber air yang terhad menjadi cabaran utama anggota bomba memadam kebakaran hutan paya gambut seluas 51.4 hektar di Jalan Bypass Sebana Cove-Punggai, Pengerang, Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Baharuddin Idris berkata, keadaan cuaca kering dan angin kencang ketika ini menyebabkan api berisiko merebak dengan lebih pantas selain menyukarkan operasi pemadaman di kawasan hutan dan paya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793437/edisi/johor/sumber-air-terhad-bomba-berdepan-cabaran-padam-kebakaran-paya-gambut
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bomba #Kebakaran #PayaGambut"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-25T08:14:23.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dj4GQ1gZKxlN776IX/x1080"><meta itemprop="duration" content="P90S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb0ldlm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb0ldlm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb0ldlm"></script>