PASIR PUTEH - PKR Cabang Pasir Puteh menyokong penuh pelantikan Datuk Mohamad Suparadi Md Nor sebagai Pengerusi PKR Kelantan dan menganggap penentangan hanya dari kumpulan kecil yang tidak menjejaskan keutuhan parti.
Ketua PKR Cabang Pasir Puteh, Ismail Mohamad berkata, setiap cabang sewajarnya menghormati keputusan itu kerana ia juga pengiktirafan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.