Tiga sekeluarga cedera ringan rumah terbakar
Iklan
BUTTERWORTH - Tiga sekeluarga mengalami cedera ringan setelah rumah mereka di Sungai Puyu di sini musnah dalam kebakaran pada awal pagi tadi.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth, PBK II Mohd Faizwan Che Amat berkata, kebakaran melibatkan tiga unit rumah berkembar satu tingkat itu turut menyebabkan sebuah kereta jenis Perodua Alza terbakar di bahagian hadapan.
Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.50 pagi tadi dan tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudiannya.
Iklan
Iklan
"Kebakaran melibatkan sebuah bangunan satu tingkat kelas B dengan anggaran keluasan 80 x 60 kaki persegi. Peratusan kebakaran dianggarkan 90 peratus. Tiga mangsa terlibat yang kesemuanya mengalami melecur di bahagian kaki.
"Mereka adalah seorang lelaki berusia 40 an (kesan melecur empat peratus) dan wanita berusia 30 an serta kanak-kanak perempuan berusia enam tahun masing-masing mengalami kesan melecur dua peratus," katanya ketika dihubungi tadi.
Iklan
Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.15 pagi tadi oleh anggota bomba dan BPP Butterworth, BBP Kuala Muda dan BBP Perai.
"Operasi pemadaman dan pengawalan turut dibantu pasukan bomba sukarela berdekatan."Mangsa terlibat dibawa ke hospital untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut," katanya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lebih 700 peserta jayakan KEUIPP’26, perkasa ekonomi umat Islam"><meta itemprop="description" content="Lebih 700 peserta jayakan KEUIPP’26, perkasa ekonomi umat Islam
Penyertaan lebih 700 peserta dalam Konvensyen Ekonomi Umat Islam Pulau Pinang 2026 (KEUIPP 26) membuktikan komitmen pelbagai pihak untuk memperkukuh pembangunan sosioekonomi umat Islam menerusi instrumen zakat.
Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, konvensyen itu bukan sekadar platform perkongsian ilmu malah menjadi medan perbincangan bagi merangka pendekatan lebih berkesan dalam memperkasakan golongan asnaf.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804975/edisi/utara/lebih-700-peserta-jayakan-keuipp26-perkasa-ekonomi-umat-islam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarTerkini #ZakatPulauPinang #KEUIPP26"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-17T10:55:51.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P138S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbxfmjy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbxfmjy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbxfmjy"></script>