PTJSD catat kemajuan lebih 50 peratus, Pakej 2 hingga 5 di peringkat akhir

Iklan
PTJSD bernilai RM3 bilion menunjukkan perkembangan positif apabila Pakej 1 mencatat kemajuan fizikal sebanyak 54.61 peratus sehingga 8 November lalu.

GEORGE TOWN - Projek Penyuraian Trafik Juru-Sungai Dua (PTJSD) bernilai RM3 bilion yang dijangka menjadi penyelesaian jangka panjang kepada isu kesesakan di Lebuhraya Utara-Selatan terus menunjukkan perkembangan positif apabila Pakej 1 mencapai kemajuan fizikal sebanyak 54.61 peratus setakat 8 November lalu.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan, kemajuan tersebut melibatkan kerja-kerja penambahbaikan laluan susur di Bulatan Persimpangan Bertingkat Timur-Barat serta pembinaan jambatan baharu di Jalan Tun Hussein Onn bagi meningkatkan kapasiti jalan raya dan melancarkan aliran trafik di kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurut PLUS, pelaksanaan Pakej 2 hingga Pakej 5 kini berada di peringkat akhir proses tender sebelum kerja-kerja pembinaan dilaksanakan secara berperingkat.

Kemajuan itu melibatkan kerja-kerja penambahbaikan laluan susur di Bulatan Persimpangan Bertingkat Timur-Barat serta pembinaan jambatan baharu di Jalan Tun Hussein Onn bagi meningkatkan kapasiti jalan raya dan melancarkan aliran trafik di kawasan berkenaan.

Iklan

"Pakej 2 dan Pakej 5 masing-masing melibatkan kerja pembinaan di laluan antara Plaza Tol Juru hingga Hentian Sebelah Juru serta Hentian Sebelah Samagagah hingga Plaza Tol Sungai Dua.

"Sementara itu, Pakej 3 dan Pakej 4 merangkumi pembinaan laluan bertingkat serta persimpangan bertingkat di antara Hentian Sebelah Juru hingga Hentian Sebelah Samagagah," menurut kenyataan itu pada Selasa.

Iklan

PLUS berkata, secara keseluruhan PTJSD merupakan projek infrastruktur sepanjang 17.4 kilometer yang menghubungkan Plaza Tol Juru dengan Plaza Tol Sungai Dua.

"Apabila siap sepenuhnya, projek ini dijangka meningkatkan kapasiti lebuh raya, memperbaiki kelancaran aliran trafik serta memberikan manfaat jangka panjang kepada pengguna lebuh raya dan komuniti setempat," katanya.