Jambatan Pulau Bunting masih diceroboh
Iklan
Kerja meletakkkan batu konkrit tambahan bagi memastikan tembok berkenaan lebih tinggi berbanding sebelum ini sedang dijalankan. Gambar kecil, Zahran Abdullah.
YAN - Jambatan Pulau Bunting masih lagi diceroboh oleh segelintir individu yang tidak bertanggungjawab.
Penyelaras Dun Sungai Limau, Zahran Abdullah berkata, pencerobohan masih lagi berlaku meskipun batu konkrit telah diletakkan.
Iklan
Iklan
Katanya, batu berkenaan diletakkan sebagai penghalang laluan bagi mereka yang ingin masuk ke jambatan berkenaan.
"Kita bukan saja-saja sekat untuk mereka masuk, tetapi semua ini dilakukan atas sebab tertentu.
Iklan
"Ia juga berkait rapat dengan soal keselamatan kerana jambatan itu tidak pernah diselenggara setelah siap pembinaannya sejak beberapa tahun dahulu,” katanya.
Menurut Zahran, lokasi jambatan Pulau Bunting berkenaan menjadi tarikan utama kepada golongan kaki pancing.
Iklan
"Lokasi di atas jambatan boleh dikatakan port panas untuk memancing, namun begitu tahap keselamatan perlu diberi keutamaan,” katanya.
Tambah Zahran, semua pihak perlu memberi kerjasama yang baik bagi memastikan tiada sesiapa yang boleh menceroboh ke kawasan berkenaan.
"Kita tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku seperti kemalangan dan sebagainya oleh itu penutupan terus laluan ke jambatan berkenaan adalah keputusan yang terbaik,” katanya.
Sebelum ini, jambatan Pulau Bunting ditutup sepenuhnya kepada orang awam mulai 22 November lalu disebabkan masalah keselamatan.
Keputusan diambil selepas mesyuarat penyelaras Dun bersama pemilik jambatan berkenaan iaitu SKS Ventures Sdn Bhd, Jabatan Kerja Raya, Majlis Daerah Yan dan polis pada 19 November lalu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="40,000 pesawah MADA masih belum terima baja tambahan"><meta itemprop="description" content="40,000 pesawah MADA masih belum terima baja tambahan
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keskelewatanpenerimaanbajatambahan #bajatigpesawah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-13T10:10:51.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaxe1em"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaxe1em"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaxe1em"></script>