Projek empangan Papar dimulakan selepas pelan baharu siap
Iklan
Peter Anthony
PAPAR - Projek pembinaan empangan Papar akan dimulakan sebaik sahaja pelan baharu siap secepat mungkin, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony.
Beliau berkata, reka bentuk atau pelan baharu empangan berkenaan dibuat setelah kerajaan negeri memutuskan untuk membina empangan itu di sungai Papar iaitu bersebelahan dengan Kampung Menderingin.
Iklan
Iklan
"Sebelum ini (semasa kerajaan Barisan Nasional), empangan berkenaan yang dikenali sebagai empangan Kaiduan sepatutnya dilaksanakan di kawasan persempadanan daerah Penampang dan Papar, namun kerajaan kini memutuskan untuk memindahkan lokasi dan akan dibuat sepenuhnya di kawasan Papar.
"Oleh itu, kita membuat semula pelan baharu empangan berkenaan, ia juga diubah suai agar bertindak sebagai dua dalam satu iaitu turut berupaya menjana tenaga elektrik,” katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi pembinaan empangan berkenaan dekat sini semalam.
Iklan
Peter berkata, empangan itu bakal menjana 100 kilovolt-amphere (KVA) kuasa elektrik yang boleh menampung keperluan dari Papar sehingga ke Kota Kinabalu.
"Mengikut kajian, dianggarkan empangan ini berupaya menampung 1,000 juta liter sehari (MLD) dan ia sekali gus dapat menyelesaikan masalah air di kawasan Papar, Kota Kinabalu dan seluruh kawasan berhampiran,” tambahnya. Peter berkata, projek berkenaan dianggarkan memakan belanja kira-kira RM3 bilion dan kerajaan negeri akan membuat pinjaman berbentuk 'soft loan' daripada kerajaan persekutuan untuk membiayai projek berkenaan.
Iklan
Beliau berkata, jalan raya menuju ke kawasan pembinaan empangan itu yang kini sangat teruk akan dinaik taraf untuk memudahkan kerja-kerja pembinaan projek berkenaan dan penduduk yang terlibat dengan pembinaan empangan ini akan mendapat bantuan sepatutnya seperti pemindahan di penempatan baharu dan bayaran insentif.
Sementara itu, Peter berkata, sebuah jambatan yang menggunakan kaedah ‘bailey bridge’ akan dibina di sungai Kaiduan.
"Kini jambatan ‘Low Level crossing’ yang menghubungkan kampung berkenaan dengan jalan utama telah rosak dan tidak dapat dilalui. Jambatan itu adalah satu-satunya laluan utama ke kampung berkenaan dan beberapa lagi kampung berhampiran.
"Terdapat sebuah sekolah rendah di kampung berkenaan dan jambatan ini sangat penting...oleh itu jambatan baharu akan dibina secepat mungkin selepas pembinaan tembok sungai berkenaan siap,” tambahnya. - Bernama
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.