Kelantan sokong Tun M kekal tiga tahun

Iklan
Ahmad ditemui pada sidang akhbar Majlis Aidilfitri Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) hari ini.

KOTA BHARU - Kerajaan negeri menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengekalkan jawatan Perdana Menteri bagi tempoh tiga tahun.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, ia berikutan beberapa perkara beliau mahu selesaikan antaranya memulihkan ekonomi negara.

Iklan
Iklan

Malah katanya, isu royalti minyak untuk Kelantan juga belum diselesaikan dan berbekalkan tempoh yang lebih panjang, pihaknya optimis ia akan disempurnakan tidak lama lagi.

"Kalau diberi masa lagi untuk beliau menerajui negara, InsyaALLAH beliau akan beri (royalti) pada kita.

Iklan

"Saya baru sahaja mengadakan kunjung hormat dengan Tun Dr Mahathir Khamis minggu lalu bagi mengulangi hasrat (royalti) dan kita sudah memenuhi semua penarikan saman dan kini terserah kepada Kerajaan Persekutuan," katanya pada sidang akhbar Majlis Aidilfitri Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), di sini hari ini.

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi memberi bayangan beliau tidak akan memegang jawatan Perdana Menteri terlalu lama.

Iklan

Ahli Parlimen Langkawi itu mengulangi kenyataannya, akan menyerahkan jawatan tersebut kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh tiga tahun.

Dalam perkembangan lain, Ahmad turut ditanya mengenai pencemaran udara di Pasir Gudang, Johor.

Beliau berkata, semua pihak diminta untuk mengadakan solat hajat agar dugaan yang menimpa penduduk di sana dapat diatasi segera.

"Sama ketika Kelantan diuji dengan peristiwa yang berlaku kepada orang asli suku Bateq, Kuala Koh, Gua Musang.

"Kita harap penyakit atau musibah yang menyerang penduduk dapat diatasi,” katanya.