Itali benarkan 10 migran turun dari kapal

Iklan
Kapal penyelamat Sea-Watch 3 menyelamatkan kira-kira 53 migran di luar pantai Libya pada Rabu lalu.

ROM - Menteri Dalam Negeri Itali, Matteo Salvini semalam membenarkan 10 migran meninggalkan kapal penyelamat Sea-Watch 3.

Kesemua mereka termasuk dua wanita hamil dibenarkan turun di Pulau Lampedusa yang terletak antara tanah besar Itali dan pantai Afrika Utara.

Iklan
Iklan

"Kumpulan itu juga terdiri antara tiga kanak-kanak dan dua lelaki sakit,” lapor media tempatan memetik kenyataan sumber Kementerian Dalam Negeri.

Difahamkan, kesemua mereka adalah antara 53 migran yang diselamatkan Sea-Watch 3 di luar pantai Libya pada Rabu lalu.

Iklan

Sehari selepas itu, Salvini yang terkenal dengan sentimen antimigran mengarahkan penguatkuasa undang-undang Itali menyekat bot terbabit memasuki perairan Itali.

Menerusi Twitter, pemimpin berhaluan kanan tersebut memaklumkan beliau telah menandatangani larangan masuk, transit dan berlabuh ke atas Sea-Watch 3 di perairan Itali seperti ditetapkan Surat Ketetapan Keselamatan.

Iklan

Di bawah dekri tersebut, kapten, pemilik dan pengendali kapal boleh didenda sehingga 50,000 euro (RM234,160) jika memasuki perairan Itali tanpa kebenaran. - Agensi