Tolak politik kotor
Iklan
Beri peluang kepada pihak berkuasa dan beri kepercayaan pada PDRM untuk ambil tindakan
MUAR - Rakyat di negara ini diseru untuk bersama-sama menolak politik kotor yang menjadi agenda beberapa pihak tidak bertanggungjawab.
Timbalan Presiden Amanah, Datuk Salahuddin Ayub berkata, sudah sampai masanya fitnah dilemparkan dipandang serius dan secara bersekutu menolak kerana keadaan ini turut memberi kesan kepada maruah negara.
Iklan
Iklan
"Jangan kita ketawa dan merasa seronok, jangan kita bergembira dengan fitnah kotor sebab ia boleh berlaku pada semua. Kalau isu ini terjadi, bangsa akan punah dan menjadi sebuah bangsa yang tak bertamadun.
"Saya ajak rakyat Malaysia tolak politik jijik dan kotor. Beri peluang kepada pihak berkuasa dan beri kepercayaan pada PDRM untuk mengambil tindakan berkaitan isu ini. Ia sangat memalukan, bukan pada kita sahaja, tetapi satu dunia akan ketawa dengan politik kotor begini,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Sambutan Aidilfitri ADUN Simpang Jeram di Jalan Dato Haji Kosai di sini, hari ini.
Salahuddin yang juga ADUN Simpang Jeram berkata, beliau bersama seluruh kepimpinan tertinggi Amanah menolak fitnah sedemikian dan meminta Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sekeluarga terus tabah menghadapi ujian itu.
Iklan
"Kita perlu perjuang politik baru dan politik berilmu. Jadi contoh pada orang Islam dengan mengamalkan politik secara amanah. Saya yakin kebenaran akan ditunjukkan dan berharap polis akan mengambil tindakan lanjut. Perkara ini langsung tak boleh diterima sama sekali,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>