Derma kilat bantu ahli pengakap
Iklan
Rumah keluarga Mohd Amin di Kampung Padang Kulim musnah terbakar baru-baru ini.
GUAR CHEMPEDAK - Pasukan Pengakap Kelana A daerah Kulim melancarkan tabung derma kilat bagi membantu keluarga ahli pengakap yang hilang tempat tinggal selepas rumah mereka di Kampung Padang Kulim musnah terbakar baru-baru ini.
Penolong Pesuruhjaya Pengakap daerah Kulim, Roy Ahsan berkata, Mohd Amin Zaidi, 12, merupakan Ketua Kelab Pengakap Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Malik.
Iklan
Iklan
Menurutnya, ketika kejadian Mohd Amin sedang berada di dalam rumah bersama adiknya yang berusia tiga tahun.
"Mohd Amin menyelamatkan diri dengan mendukung adiknya yang sedang tidur keluar dari rumah,” katanya.
Iklan
Roy berkata, selepas kejadian itu keluarga Mohd Amin hilang tempat tinggal.
"Kita membuka tabung derma kilat ini sehingga 30 Jun untuk orang ramai menghulurkan bantuan,” katanya.
Iklan
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam atas nama Pasukan Pengakap Kelana A daerah Kulim bernombor 02057010036684.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="40,000 pesawah MADA masih belum terima baja tambahan"><meta itemprop="description" content="40,000 pesawah MADA masih belum terima baja tambahan
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keskelewatanpenerimaanbajatambahan #bajatigpesawah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-13T10:10:51.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaxe1em"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaxe1em"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaxe1em"></script>