'Alhamdulillah Maryam ditemui selamat'

Iklan
Remaja berusia 15 tahun, Raja Maryam Raja Azlan Shah yang dilaporkan hilang awal pagi tadi, ditemui dalam keadaan selamat sebentar tadi.

KUALA LUMPUR - Remaja berusia 15 tahun, Raja Maryam Raja Azlan Shah yang dilaporkan hilang awal pagi tadi, ditemui dalam keadaan selamat sebentar tadi.

Ibu Maryam, Nazatul Faquyah Muhammad Radzi, 48, ketika dihubungi Sinar Harian memberitahu anaknya ditemui oleh orang awam di sebuah restoran makanan segera di Desa Pandan, di sini.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah Maryam selamat, tiada sebarang kecederaan...cuma dia kelihatan marah mungkin sebab terlalu penat kerana banyak berjalan.

"Kami kini berada di balai polis untuk maklumkan penemuan Maryam," katanya.

Iklan
Iklan

Nazatul Faquyah berkata, dia berterima kasih kepada semua pihak yang banyak berkongsi maklumat tentang pencarian Maryam sehingga anak istimewanya itu berjaya dikesan.

ARTIKEL BERKAITAN:Dah jumpa Raja Maryam

ARTIKEL BERKAITAN:Keluarga rayu Maryam pulang