‘Gorgon Sungai Klang’ tarik perhatian netizen

Iklan
Tangkap layar video yang dimuat naik oleh pengguna Threads, epilogkehidupan94. (Gambar kiri: Kelibat seekor buaya menyusuri arus Sungai Klang)

KLANG - Kelibat seekor buaya menyusuri arus Sungai Klang mencuri perhatian ramai selepas rakaman reptilia itu tular di platform Threads sehingga meraih lebih 950,000 tontonan.

Video yang dimuat naik pengguna Threads, epilogkehidupan94 itu turut meraih 32,100 tanda suka dan 1,200 komen.

Iklan
Iklan

“Gorgon Sungai Klang. Laki siapa ni, kutip bawak balik,” selorohnya menerusi kapsyen hantaran berkenaan.

Rakaman itu memaparkan reptilia itu menyusuri arus sungai dengan bahagian kepala, belakang badan dan ekornya jelas kelihatan di permukaan air.

Iklan

Haiwan itu turut dirakam berenang berhampiran tebing konkrit dan jambatan di kawasan pembangunan bandar.

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen, malah ada yang menyangka rakaman itu dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), namun dakwaan itu dinafikan pemilik video.

Iklan

Seorang pengguna, sunfloweraidil pula menjelaskan peranan buaya tembaga dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem sungai dengan memakan haiwan yang lemah, cedera dan mati.

Menurutnya, hidupan liar juga semakin menyesuaikan diri dengan kawasan penempatan manusia berikutan habitat semula jadi yang mengecil.

Seorang lagi pengguna, alifafiq141 memaklumkan, papan tanda amaran kehadiran buaya turut dipasang di sepanjang Sungai Klang dan Sungai Damansara hingga ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kuala Lumpur dilaporkan sudah membuat semakan dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan setakat ini belum menerima sebarang aduan awam berhubung penemuan buaya di Sungai Klang.