Tunggu keputusan DNA, kenalpasti identiti mangsa
Iklan
JOHOR BAHRU - Proses pengecaman mayat seorang wanita yang ditemui dalam sebuah kotak kayu di Kawasan Perindustrian Ringan, Taman Daya, di sini, kelmarin akan ditukar kepada ujian DNA.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, ia berikutan keadaan mayat yang sudah mereput.
Iklan
Iklan
"Mayat dan pakaian si mati telah mereput jadi agak sukar untuk membuat pengecaman. Polis akan membuat ujian DNA untuk mendapatkan keputusan.
"Buat masa ini, polis juga akan menggunakan keterangan suspek yang boleh mengesahkan si mati adalah mangsa tersebut sehingga keputusan DNA diperolehi secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Iklan
Dalam laporan media semalam, polis memaklumkan proses mengenalpasti identiti mayat sukar untuk dibuat memandangkan keadaan mayat itu yang dibalut dengan plaster siling.
Dalam masa sama beliau memberitahu, dua suspek dipercayai terlibat dengan pembunuhan itu direman selama tujuh hari sehingga 17 Jun depan selepas diluluskan Mahkamah Majistret Johor Bahru, semalam.
Iklan
Terdahulu, keluarga mangsa yang dipercayai dibunuh kejam itu turut menyatakan harapan yang mahu wanita tersebut masih hidup selain berharap mayat yang ditemui itu bukanlah dia.
Menurut adik lelaki mangsa dikenali sebagai James (bukan nama sebenar), 29, sehingga kini keluarga masih mempunyai semangat yang kuat dan yakin bahawa kakaknya itu masih hidup.
"Buat masa ini proses pengecaman mayat masih belum boleh dilakukan kerana mayat ditemui semalam dibalut dengan pelbagai bahan dan belum boleh dilihat dengan jelas. Kami amat berharap yang ia bukan kakak,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>