Laluan masuk ke Kuala Koh ditutup hari ini

Iklan
Laluan masuk ke Kuala Koh di Pos Lebir ditutup.

GUA MUSANG - Laluan ke penempatan Orang Asli Bateq di Kuala Koh, Pos Lebir ditutup mulai jam 10 pagi tadi.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, kon keselamatan diletakkan di laluan Pejabat Ladang Aring 10 di hadapan Pondok Polis Bantuan.

Iklan
Iklan

Jarak dari pejabat ke kawasan perkampungan orang asli itu kira-kira 15 km.

Kesemua agensi yang terlibat berkumpul di dewan pejabat bagi mendengar taklimat operasi.

Iklan

Difahamkan, laluan ini ditutup bagi mengelakkan penyakit berkenaan menular kepada orang awam.

Pada 8 Jun lalu, Sinar Harian melaporkan nyawa masyarakat orang asli di Kuala Koh terancam selepas 13 penduduk meninggal dunia.

Iklan