JPJ Kedah keluarkan 1,370 saman dalam tempoh 12 hari

Iklan
Ismasuhaimi (dua dari kanan) turut mengikuti Operasi Penguatkuasaan Sempena Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2019 di persimpangan lampu isyarat Taman Tunku Maheran di Jitra semalam.

JITRA - Sebanyak 1,370 saman dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah sepanjang Operasi Penguatkuasaan Sempena Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri (OPS HRA) 2019 bermula 29 Mei sehingga 9 Jun di negeri ini.

Pengarah JPJ Kedah, Ismasuhaimi Shariff berkata, kesalahan Lesen Kenderaan Motor dan tamat tempoh paling banyak dilakukan dengan 549 saman dikeluarkan diikuti tiada lesen memandu dan tamat tempoh membabitkan 483 saman.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kesalahan lain pula adalah kesalahan teknikal kenderaan (48 saman), lebih muatan dan muatan bahaya (36 saman), kesalahan utama (33 saman) dan lain-lain kesalahan (24 saman).

"Jumlah kenderaan yang telah diambil tindakan pula adalah sebanyak 866 buah kenderaan dan motosikal adalah paling tinggi yang membabitkan sebanyak 565 buah motosikal.

Iklan

"Pihak kami turut menyita enam buah lori, sebuah kereta dan 18 buah motosikal sepanjang operasi ini berlangsung setakat ini. Semua kes disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya pada sidang akhbar selepas operasi sekatan jalan raya di persimpangan lampu isyarat Taman Tunku Maheran di Jitra semalam.

Ismasuhaimi berkata, dalam operasi tersebut sebanyak 93 saman telah dikeluarkan selepas pemeriksaan dilakukan terhadap 480 kenderaan bermula jam 8.30 malam sehingga 12.30 malam.

Iklan

Dalam pada itu, sebanyak empat kenderaan turut disita iaitu membabitkan sebuah lori, sebuah kereta dan dua motosikal kerana melakukan kesalahan cukai tamat tempoh selain tidak memiliki perlindungan insuran melebihi tiga bulan.

"Selain itu, dalam operasi ini juga terdapat dua lelaki berusia 30-an telah ditahan kerana didapati positif dadah jenis methamphetamine.

"Kedua-duanya diserahkan kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.