Kedai emas rugi RM462,000, 237 utas rantai disamun
Iklan
JOHOR BAHRU - Seorang lelaki dipercayai bersenjatakan pistol melarikan barangan kemas bernilai kira-kira RM462,000 dalam satu kejadian samun di sebuah kedai emas di pusat membeli-belah di Taman Universiti, Skudai, semalam.
Ketua Polis Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, lelaki itu yang berjaket gelap dan putih serta memakai penutup mulut serta helmet bervisor gelap mendekati kedai itu pada jam 12.23 tengah hari.
Iklan
Iklan
Ketika kejadian terdapat lima pekerja termasuk pengawal dalam kedai berkenaan.
"Suspek mengugut supaya memberi kerjasama dan memaklumkan bahawa dirinya mempunyai pistol. Akibat ketakutan, mangsa (pekerja kedai) telah mengeluarkan barang kemas daripada empat bekas di dalam meja seperti yang diminta suspek.
Iklan
"Suspek kemudian melarikan diri bersama 237 utas rantai emas pelbagai jenis dengan menaiki motosikal yang diletakkan di hadapan kedai,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Ini adalah kali pertama kejadian samun berlaku di premis berkenaan dan berdasarkan semakan, nombor pendaftaran motosikal yang digunakan suspek palsu.
Iklan
"Pengawal keselamatan kedai emas berkenaan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Sesyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya.- Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lagi kes kanak-kanak diserang anjing liar: Alif keluar beli ubat, hanya 200 meter dari rumah"><meta itemprop="description" content="Hasrat seorang remaja lelaki membeli ubat untuk adiknya yang demam bertukar detik cemas apabila dia diserang anjing liar di Kawasan Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai di Iskandar Puteri, pada awal pagi Isnin.
Mohammad Alif Najmi Mohd Razi, 15, berkata, dia tidak menyangka perjalanan singkat ke kedai runcit kira-kira 200 meter dari rumahnya itu berakhir dengan kecederaan apabila seekor anjing menerkam dan menggigit kaki kirinya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800262/edisi/johor/lagi-kes-kanak-kanak-diserang-anjing-liar-alif-keluar-beli-ubat-hanya-200-meter-dari-rumah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #anjingliar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-13T07:38:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/fuseA1gpU0AvlcZrk/x1080"><meta itemprop="duration" content="P95S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbmesju"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbmesju"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbmesju"></script>