Ops Selamat: Johor catat peningkatan kadar kemalangan
Iklan
Mohd Khalil
JOHOR BAHRU - Kadar kemalangan sepanjang lapan hari Ops Selamat sempena perayaan Aidilfitri di negeri ini mencatatkan peningkatan sebanyak 8.16 peratus berbanding tahun lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, jumlah itu menyaksikan peningkatan kepada 2041 berbanding 1887 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
Iklan
Iklan
"Bagi tempoh lapan hari Ops Selamat yang dijalankan, kita telah mengesan berlakunya peningkatan kadar kemalangan sebanyak 154 kes berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
"Daripada statistik kemalangan ini, kita juga dapat simpulkan bahawa ia turut berpunca akibat pertambahan kenderaan di jalan raya serta jaringan jalan raya yang tidak dapat menampung jumlah tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Iklan
Mohd Khalil berkata, bagaimanapun dalam tempoh sama kadar kematian direkodkan akibat kemalangan maut kekal tidak menunjukkan perubahan terlalu drastik.
"Bagi kes kemalangan maut, kita merekodkan sebanyak 18 kes dengan 19 kematian manakala ops selamat tahun lalu pula mencatatkan 18 kemalangan tetapi dengan 20 kematian.
Iklan
"Untuk kes kemalangan maut ini, 14 kes adalah melibatkan penunggang motosikal, tiga kes kemalangan kereta, satu kes penjalan kaki," katanya.
Beliau berkata, peningkatan juga didapati tertumpu di kawasan Jalan Bandaran yang mana merekodkan kadar kemalangan paling tinggi dengan 891 kes.
"43.7 peratus kadar kemalangan ini berlaku di kawasan ini yang kemudiannya diikuti dengan Jalan Persekutuan (448 kes), Jalan Negeri (347 kes), Lebuhraya (185 kes) dan lain-lain jalan (170 kes)," katanya.
Dalam masa sama, beliau berkata, lima daerah yang menunjukkan kes kemalangan tertinggi sepanjang tempoh tersebut adalah Johor Bahru Selatan (454 kes), Johor Bahru Utara (290 kes) dan Batu Pahat (232 kes).
Katanya, dua lagi daerah adalah Seri Alam dengan 200 kes dan Iskandar Puteri 191 kes.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Kerajaan Johor akan terus membela semua kaum'"><meta itemprop="description" content="Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu diingatkan supaya terus melaksanakan tanggungjawab tanpa berlengah, sambil menegaskan tiada istilah 'berbulan madu' dalam pentadbiran kerajaan negeri, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, semua Exco perlu segera turun padang dan bekerja bagi memastikan mandat yang diberikan rakyat dapat diterjemahkan melalui penyampaian perkhidmatan terbaik serta pelaksanaan agenda pembangunan Johor.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788322/edisi/johor/exco-johor-diarah-terus-turun-padang-tiada-ruang-bulan-madu
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #MBJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-18T06:43:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cg1_I1gMo2dwHqv8l/x1080"><meta itemprop="duration" content="P68S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaq4q8i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaq4q8i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaq4q8i"></script>